Tuesday, February 9, 2010

Penggunaan ICT dalam pendidikan

Hari ini kita didedah kan dengan pelbagai teknologi canggih yang timbul saban hari ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, didalam bidang pendidikan juga turut tidak ketinggalan mengalami transformasi perkembangan teknologi baik dalam bidang pengajaran mahupun pembelajaran selaras dengan zaman globalisasi yang wujud ketika ini. Hal ini menjadi satu keprluwan kepada para pendidik dan pelajar untuk menggunakan ICT didalam menyiap kan tugas yang mereka perlu buat.


Klu dahulu para pendidik hanya menggunakan mesin taip untuk membuat kerja tetapi pada masa kini ianya telah digantikan dengan computer yangg mempunyai lbh banyak fungsi fungsi selain daripada menaip, selain daripada menaip mereka juga blh menggunakan computer untuk mencari maklumat melalui internet dengan cepat dan pantas, applikasi lain yang boleh digunakan dengan computer ialah kita juga boleh print dan scan hasil kerja kita dalam satu masa, ini akan menjimat kan masa kerana pelbagai kerja blh disaiap kan dalam mmasa yang singkat sahaja.


Begitu juga bagi pelajar yang mahu tidak mahu terpaksa juga menggunakan teknologi ICT ini untuk memudah kan urusan mereka dalam masa yang singkat,mereka perlu menyiap kan assignment dan kerja kursus serta mencari bahan untuk dijadikan rujukan, dengan memanfaat kan penggunaan ICT ini kerja mereka akan menjadi lebih berkesa, cepat dan menjimat kan kos, dengan menggunakan internet mereka boleh mencari pelbagai bahan yang tidak tidak terbatas dan tepat dengan apa yang mereka ingin kan dalam subjek mereka, selain itu mereka boleh menggunakan internet untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka yang berada jauh dengan pantas.


Namun begitu, penggunaan ICT juga tidak terlepas daripada kesan negative sekiranya kita tidak memanfaat kan kejalan yang betul terutama nya bg mereka yang tidak mendalami selok penggunaan ICT ini, mereka mungkin akan terdedah dengan serangan virus pada computer mereka melalu internet or pn dariexternal storage seperti pen drive, sekiranya mereka tersalah guna applikasi tersebut, remaja juga mungkin terdedah dengan gejala negative sekiranya mereka menggunakan computer untuk bermain game sehingga mengabaikan pelajaran mereka, selain game pengaruh internet turut menjadi negative kepada remaja khusuhnya pelajar sekiranya mereka menggunakan internet untuk memuat tu run gamba pornografi dan menonton nya, hal ini perlu dibendung sama sekali agar ianya tidak akan merosakkan anak-anak kita dengan gejala tidak sihat ini.


Kesimpulannya penggunaan ICT perlulah dimanfaat kan semaksimum mungkin untuk tujuan positif dan bukan nya tujuan negative seperti menyebarkan fitnah di internet dan sebagai nya supaya penggunaan nya tidak disalah anggap oleh masyarrakat kita, buruk dan baik penggunaan teknologi ini sebenar nya bergantung kepada kita kerana kita lah yang mencorakkan masadepan ummah dan negara yang cemerlang melalui penggunaan teknologi ICT ini.

2 comments:

  1. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
    Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Penggunaan komputer dalam pengajaran & pembelajaran Bahasa Arab adalah bukan perkara yang mustahil di zaman yang berteknologi kini.
    Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

    ReplyDelete
  2. Tidak dapat dinafikan penggunaan ICT dalam pendidikan memainkan peranan yang penting kepada pengajar dan juga pelajar.Kepesatan arus perdana menjadikan ICT sebagai sumber yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.Melalui ICT sumber maklumat boleh didapati secara meluas dan juga cepat didapati serta memudahkan semua urusan.Justeru itu penggunaan ICT mendapat sambutan meluas daripada penggunanya.Namun setiap kebaikan akan menampakkan keburukan apabila disalahgunakan.Contohya apabila terdapatt elemen-elemen negatif didalam internet.Secara tidak lansung para pelajar terutamanya akan terdedah kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.ini berikutan ada pihak yang tidak bertanggungjawab memuatkan bahan-bahan yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna internet.walaubagaimana pun ICT memberi banyak manfaatnya apabila digunakan untuk tujuan kebaikan.

    ReplyDelete